Thursday, July 13, 2017

Bab 2 : Asas Jahitan

Assalmualaikum...

Masih belum terlambat rasanya admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh pembaca yang menyambutnya.

Setulus ucapan maaf juga dari admin kerana telah lama menyepi. Sepi itu tidak lain, kerana sibuk mengelesaikan tempahan hari raya puasa yang luar biasa jumlahnya tempoh hari. Sekarang ini, golongan tailor sibuk pula melunaskan tempahan hari raya Aidiladha yang bakal menjelma tak lama lagi. Begitulah rutin tahunan seorang tailor sepenuh masa. Tiada rehatnya. Selagi ada yang menyarung pakaian, selagi itulah kita bekerja.

Bermula seawal bulan Disember, kita dah buka tempahan hari raya puasa, sehinggalah ke 29 Ramadan pon kita masih sibuk menyelesaikan saki baki tempahan. Selepas hari raya pertama, sibuk pula dengan tempahan baju untuk rumah terbuka. Selesai bab tersebut, bermulalah pula tempahan untuk persalinan hari raya haji. Sesudah itu tempahan baju untuk musim kenduri untuk cuti panjang semester persekolahan. Begitulah kitaran tugas akan terus berputar bagi seorang tailor sepenuh masa. Tak hairanlah jika ada yang sudah berjawatan tinggi pon sanggup bertukar karier menjadi tailor dek kerana permintaan yang tidak putus-putus dan pulangan yang lumayan dan kerja yang menyeronokkan.

Baiklah, panjang mukaddimah kali ni ye... kita teruskan ke tajuk asal kita. Asas jahitan.

Untuk permulaan mengendalikan mesin jahit, adalah sangat penting untuk melembutkan kaki dan tangan anda bagi memudahkan anda mengendalikan mesin jahit. Ada yang memanggil asas jahitan ini sebagai "Lesen L", lesen memandu mesin jahit. Ye lah kalau tidak cekap memandu mensin, terbabas lah nanti.

Biasanya ada 4 jahitan asas yang digunapakai. Dibawah adalah contoh bagi keempat-empat asas jahitan tersebut.

1. Asas Jahitan Lurus.


  • Jahit bermula dari kiri ke kanan. Ulang semula sehingga habis.




2. Asas Jahitan Kotak-Kotak

Perhatikan bentuknya. Dari luar semakin kedalam.



3. Asas Jahitan zig zag.

Sela jahitan dari jahitan atas ke jahitan yang bahagian seterusnya adalah "satu tapak"



3. Asas Jahitan Bulat

Seeloknya lukis dahulu bulatan luar dengan jangka lukis atau apa-apa bahan berbentuk bulat yang sesuai. 




Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. Kain perca. Seeloknya kain cotton plain.
2. Benang yang bewarna kontra dari warna kain. 

Berlatihlah menjahit keempat-empat asas jahitan ini sehinggalah anda mencapai hasil jahitan yang kemas dan menawan. Contoh-contoh diatas adalah hasil admin waktu mula-mula belajar jahit dulu. Hihi. Oh ye, bagi anda yang memang tiada asas langsung, mulakan menjahit diatas kertas dahulu. Pastikan benang tidak dipasang. Selepas rasa selesa memandu mesin jahit, bolehlah memulakan latihan menggunakan kain dan jahit menggunakan benang seperti diatas. 

Sekiranya anda telahpun mencuba,silalah kongsikan hasil anda di ruangan komen di FB page Belajar JAHIT Online. 

Selamat memandu mesin jahit admin ucapkan. Jumpa lagi di bab yang seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca.






No comments:

Post a Comment