Assalamualaikum...
Ape khabar? Harapnya sihat lah ye. Ok, harini kita belajar mengenali alatan yang diperlukan untuk belajar menjahit.
Ini khas untuk beginner yang baru nak bermula belajar menjahit. Dalam jahitan, ada beberapa peralatan yang digunakan untuk memudahkan kerja dilakukan. Ok, kita tengok satu-satu ye antara alatan yang diperlukan...
1.Mesin jahit
Nak belajar menjahit. Of course lah benda pertama yang kita perlukan adalah mesin jahit. Macam mana nak menajahit kalau tak ada mesin kan. Ada dua jenis, mesin jahit industri macam dalam gambar bawah ni dan satu lagi jenis portable. Tak kisahlah yang mana pon, asalkan fungsinya sama iaitu menjahit pakaian. Ape? Tak ada mesin jahit?...hmmm tak dapek den nak nolong eh. Kalau belum mampu nak dapatkan mesin jahit baru, boleh beri yang second hand yang lebih murah. Cuba survey harga di kedai membekal mesin jahit terdekat di tempat anda.
|
Ok, ni mesin jahit industri yang sis gunakan kat rumah. Jenama Juki. Mesin yang banyak menabur jasa. |
2. Tapak mesin yang biasa digunakan dalam jahitan.
|
2.1 Tapak biasa. |
|
2.2 Tapak zip sorok. Tapak ni kita guna untuk menjahit zip sorok/sembunyi. Kiri adalah dari besi, dan sebelah kanan adalah jenis plastik. Mana-mana pon boleh guna mengikut keselesaan kita. |
|
2.3 Tapak zip biasa. Ada dua jenis. Satu yang lubang jarumnya sebelah kanan, satu lagi sebelah kiri. Pilih mengikut keselesaan kita menjahit. Oh ye, lapisan jernih bawah tapak tu pelekat double sided ye, sy letak untuk memudahkan zip tu berdiri untuk ambik gambar. hiiiiii |
3. Snipper
|
Snipper ni kita gunakan untuk memotong. Ia alatan penting sewaktu menjahit memudahkan kita memotong benang untuk kemasan dan sebagainya. |
4. Penetas benang
|
Sekiranya berlaku kesilapan dalam jahitan, penetas kita gunakan untuk menetas benang ditempat yang salah tu. |
5. Pita Pengukur
|
Kalau tak ada pita pengukur, tak lengkap lah gaya seorang tailor tu kan... |
6. Roda Surih
|
Roda surih kita gunakan untuk menyurih tanda dari pola terus keatas kain. Contohny adalam proses membuat dart baju kurung moden. Kita gunakan roda surih ni untukk menekat bentuk dart dari atas pola tu terus ke atas kain. Tapi, satu lagi alatan yang digunakan adalah tracing paper yang menjadi pasangan kepada roda surih ni. |
7. Tracing Paper
|
Ini tracing paper yang digunakan bersama roda surih tadi. Kalau tak ada tracing paper, macam mana nak lekat lakaran tu atas kain kan. Ini kira macam kertas karbon la. |
8. Gunting
|
Gunting digunakan untuk memotong fabrik. |
9. Gelendong
|
Gelendong ni akan dipasang pada mesin sebagai benang bahagian bawah dalam proses menjahit. |
10. Kapur Jahitan
|
Kapur jahitan digunakan untuk menenda pada fabrik. Ia mudah dicuci jadi taklah tinggalkan kesan pada fabrik nanti. |
11. Benang
|
Benang seeloknya berwarna senada dengan fabrik yang digunakan. Barulah jahitan akan nampak lebih kemas! |
12. Seterika
13. Pembaris
|
Pembaris ni akan digunakan dalam proses melakar pola nanti. Pembaris lurus, pembaris pembentuk dan pembaris L |
14. Brown paper / kertas minyak
|
apa guna kertas minyak ni? ok, kita akan melakar pola baju atas kertas minyak ni la, kemudian dibentang diatas fabrik sebelum fabrik dipotong. |
14. Pemadam
15. Peniti
16. Pensel
17. Jarum Jahitan
Itulah antara alatan-alatan yang diperlukan untuk menjahit. Kat mana nak dapatkan semua ni? Ia ada dijual di kedai-kedai menjual alatan jahitan. Boleh juga dapatkan di Mydin Mart berdekatan anda, di bahagian alatan jahitan. Tapak-tapak mesin jahit tu ada juga dijual secara online di instagram dan facebook. Rajin-rajin mencari... kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!. Ok, sampai sini dulu, apa-apa yang kurang faham, sila tinggalkan soalan atau pesanan anda di blog atau di facebook page https://www.facebook.com/belajarjahitonline ye.
Inshaa allah, lepas ni kita belajar tentang asas menjahit ok. Sehingga bertemu lagi. Terima kasih sis ucapkan kerana sudi melawat blog ini. Sis doakan anda dapat menguasai ilmu jahitan ini dengan mudah dan dapat menjahit sendiri pakaian yang diingini nanti seterusnya dapat menjana pendapatan melalui jahitan.
Saya pandai menggunakan mesin cuma nak gunting kain tak pandai. Selalu alter baju2 sendiri tu bolehlah..harap puan dapat sertakan cara2 memotong baju. Terima kasih atas blog puan ni.
ReplyDeleteMana sambungan tentang asas menjahit nya Cik Mawarza
ReplyDeleteCasino Tycoon Map and Directions - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, reviews 경산 출장마사지 and information for Casino Tycoon, 창원 출장샵 Biloxi, MS, based on 평택 출장샵 114 reviews and 2820 traveler reviews. Rating: 계룡 출장안마 2.8 · 11,090 reviews 충청북도 출장샵