Friday, September 30, 2016

Bab 1 : Mengenali Alatan Jahitan

Assalamualaikum...

Ape khabar? Harapnya sihat lah ye. Ok, harini kita belajar mengenali alatan yang diperlukan untuk belajar menjahit.

Ini khas untuk beginner yang baru nak bermula belajar menjahit. Dalam jahitan, ada beberapa peralatan yang digunakan untuk memudahkan kerja dilakukan. Ok, kita tengok satu-satu ye antara alatan yang diperlukan...

1.Mesin jahit

Nak belajar menjahit. Of course lah benda pertama yang kita perlukan adalah mesin jahit. Macam mana nak menajahit kalau tak ada mesin kan. Ada dua jenis, mesin jahit industri macam dalam gambar bawah ni dan satu lagi jenis portable. Tak kisahlah yang mana pon, asalkan fungsinya sama iaitu menjahit pakaian. Ape? Tak ada mesin jahit?...hmmm tak dapek den nak nolong eh. Kalau belum mampu nak dapatkan mesin jahit baru, boleh beri yang second hand yang lebih murah. Cuba survey harga di kedai membekal mesin jahit terdekat di tempat anda.

Ok, ni mesin jahit industri yang sis gunakan kat rumah. Jenama Juki. Mesin yang banyak menabur jasa.

2. Tapak mesin yang biasa digunakan dalam jahitan.

2.1 Tapak biasa. 



2.2 Tapak zip sorok. Tapak ni kita guna untuk menjahit zip sorok/sembunyi. Kiri adalah dari besi, dan sebelah kanan adalah jenis plastik. Mana-mana pon boleh guna mengikut keselesaan kita.
2.3 Tapak zip biasa. Ada dua jenis. Satu yang lubang jarumnya sebelah kanan, satu lagi sebelah kiri. Pilih mengikut keselesaan kita menjahit. Oh ye, lapisan jernih bawah tapak tu pelekat double sided ye, sy letak untuk memudahkan zip tu berdiri untuk ambik gambar. hiiiiii

 3. Snipper
Snipper ni kita gunakan untuk memotong. Ia alatan penting sewaktu menjahit memudahkan kita memotong benang untuk kemasan dan sebagainya.
 4. Penetas benang
Sekiranya berlaku kesilapan dalam jahitan, penetas kita gunakan untuk menetas benang ditempat yang salah tu.
 5. Pita Pengukur
Kalau tak ada pita pengukur, tak lengkap lah gaya seorang tailor tu kan...
 6. Roda Surih
Roda surih kita gunakan untuk menyurih tanda dari pola terus keatas kain. Contohny adalam proses membuat dart baju kurung moden. Kita gunakan roda surih ni untukk menekat bentuk dart dari atas pola tu terus ke atas kain. Tapi, satu lagi alatan yang digunakan adalah tracing paper yang menjadi pasangan kepada roda surih ni.
7. Tracing Paper
Ini tracing paper yang digunakan bersama roda surih tadi. Kalau tak ada tracing paper, macam mana nak lekat lakaran tu atas kain kan. Ini kira macam kertas karbon la.

8. Gunting
Gunting digunakan untuk memotong fabrik.


 9. Gelendong
Gelendong ni akan dipasang pada mesin sebagai benang bahagian bawah dalam proses menjahit. 
 10. Kapur Jahitan
Kapur jahitan digunakan untuk menenda pada fabrik. Ia mudah dicuci jadi taklah tinggalkan kesan pada fabrik nanti.
 11. Benang
Benang seeloknya berwarna senada dengan fabrik yang digunakan. Barulah jahitan akan nampak lebih kemas!
 12. Seterika

13. Pembaris
Pembaris ni akan digunakan dalam proses melakar pola nanti. Pembaris lurus, pembaris pembentuk dan pembaris L

14. Brown paper / kertas minyak

apa guna kertas minyak ni? ok, kita akan melakar pola baju atas kertas minyak ni la, kemudian dibentang diatas fabrik sebelum fabrik dipotong.

14. Pemadam

15. Peniti

 16. Pensel
 17. Jarum Jahitan

Itulah antara alatan-alatan yang diperlukan untuk menjahit. Kat mana nak dapatkan semua ni? Ia ada dijual di kedai-kedai menjual alatan jahitan. Boleh juga dapatkan di Mydin Mart berdekatan anda, di bahagian alatan jahitan. Tapak-tapak mesin jahit tu ada juga dijual secara online di instagram dan facebook. Rajin-rajin mencari... kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!. Ok, sampai sini dulu, apa-apa yang kurang faham, sila tinggalkan soalan atau pesanan anda di blog atau di facebook page https://www.facebook.com/belajarjahitonline ye. 

Inshaa allah, lepas ni kita belajar tentang asas menjahit ok. Sehingga bertemu lagi. Terima kasih sis ucapkan kerana sudi melawat blog ini. Sis doakan anda dapat menguasai ilmu jahitan ini dengan mudah dan dapat menjahit sendiri pakaian yang diingini nanti seterusnya dapat menjana pendapatan melalui jahitan. 

Thursday, July 21, 2016

KALAM PEMBUKA

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH... Syukur kehadrat ilahi atas penubuhan blog BELAJAR MENJAHIT ONLINE ini akhirnya...

Tujuan penubuhan blog ini adalah bagi memenuhi keinginan hati Cik Mawarza sendiri yang nak sangat berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang dalam bidang jahitan...

Suatu masa dulu, menjahit sebenarnya hanyalah angan sebelum tidur Cik Mawarza, waktu tu nak sangat belajar menjahit, tapi tak berpeluang sebab berbagai kekangan...lagipula saya masih menuntut di universiti, masa agak terhad pada ketika itu... selepas tamat pengajian di universiti, saya diterima sebagai pelatih giat mara nun diutara, alhamdulillah, hasrat dan minat yang sudah lama terpendam akhirnya menjadi nyata.

Saya ingat lagi, sebelum pandai menjahit, berbagai cara dan jalan saya lakukan nak belajar menjahit. Rajin juga google cara menjahit mudah di internet tapi kebanyakannya untuk yang dah ada basic jahitan sedangkan saya waktu tu, pasang benang dekat mesin pun tak tahu macam mana, apatah lagi nak menjahit... tapi keinginan tu mengatasi segalanya...

Besar impian saya, agar blog ini menjadi medan untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman yang ada untuk tatapan peminat bidang jahitan yang teringin sangat sangat nak menjahit baju sendiri tapi terkekang dengan kerja dan berbagai komitmen yang menghalang kalian untuk menghadiri kelas.

Inshaa allah, saya akan cuba sebaiknya agar dapat menggunakan kaedah yang mudah agar anda dapat menguasai ilmu jahitan ini.

Seronok sangat bila dapat jahit baju sendiri... besok nak pakai, malam ni boleh jahit. Scroll fb, instagram, nampak design baru, conteng-conteng rekaan atas brown paper, potong kain, eh dah boleh pakai dah... seronoknyeeee.... lagi seronok bila dah melaram baju tu, ada pulak yang memuji,,"cantiknya baju, kemasnya jahitan...." ... nak nak pulak baju tu jahit sendiri, silap-silap ada pulak nanti yang hantarkan kain suruh kita jahitkan... dah boleh jadi sumber pendapatan tambahan kat situ...

Ok lah, panjangnya kalam pembuka pon, meleret-leret dah... Mawarza harap dapat istiqamah buat entry blog lepas ni... dan harap sangat-sangat agar raaaaammaaaaai yang dapat manfaat dari blog ni nanti... inshaa allah...^______^